mari-mari pandang blog usang aku ;)

aku menulis hanya untuk meluahkan apa yang aku pandang, aku dengar, aku alami :)

Selasa, 1 Februari 2011

~doa untuk mereka~

kat berita dah tiap2 hari keluar pasal rusuhan di kaherah, mesir....
aku tersentap utk amik tau pasal berita ni...sebab ape?
sebab di sana ada ramai pelajar dan rakyat malaysia yang sedang belajar, bekerja kat sana....

setiap detik bila berita mengenai rusuhan kat sana disiarkan,
aku pon sama2 risau dan tumpang bimbang...
rusuhan kat mesir terjadi akibat daripada kumpulan gerakan antikerajaan telah merusuh, mereka menuntut agar presiden hosni mubarak untuk berundur setelah mentadbir kerajaan selama lebih 30 tahun...
banduan terlepas, pergaduhan dan rusuahn di merata tempat, kedai2 byk dah tutup, mesin atm kehabisan wang, bank ditutup....

macam mana plak dengan keadaan pelajar dan rakyat malaysia?
diaorg ada yang dpt keluar dari daerah rusuhan...tp lebih byk yang terperangkap di kediaman masing2, tidak berani untuk keluar...
dengan bekalan makanan yang makin berkurangan, duit pon dah nak abis....harga tiket kapal terbang naik mendadak...talian telefon terputus, mcm tu jugak dgn talian internet...
para keluarga di malaysia semakin risau dgn keadaan di sana, malah ada yg mendesak agar anak atau saudara mara mereka segera dibawa pulang....

"Ya Allah...
Kau selamatkanlah, lindungilah mereka iaitu saudara2 ku yang berada di sana......di Mesir...
Amin"

rusuhan di mesir......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

mekasih sudi jenguk blog aku dan komen semua tulisan aku :)