wahai jurujual2 diluar sana....bila kamu nak meumujuk bakal pelanggan, jangan la paksa2, senda2 dan ganggu hak memilih pelanggan tu....sebab aku adalah pelanggan yang tak suka dipaksa2 dan disenda2...
huh!~~~
semalam, saje je jenjalan dengan keluarga aku kat tesco seberang jaya....masa nak balik ada la plak sorang mamat ni tegur aku dan tanya umur anak aku...mamat ni jurujual bahan pendidikan kanak2 tu ha...aku dah tau sangat tujuan mamat tu nak apa, sebab baju yang dia pakai tu pon aku dah tau dia keje ape, bawah syarikat yang mempromosikan bahan pendidikan kanak2 tu...tapi aku tak berminat buat masa sekarang ni untuk beli atau melanggan...jadi bila mamat tu cuba nak pujuk aku untuk dapatkan aku sebagai pelanggan dia, aku cakap TAK PE, SAYA TAK NAK dan tolak dengan baik yang aku TAK BERMINAT BUAT MASA SEKARANG....sopan kan?
tapi mamat ni ntah apa hangin dia, dan adab pon tak de agaknya....terus senda2 aku dengan ayat ni "apa yang tak pe kak? apa yang akak tak nak?" sambil gelak2.....aiiii....melampau plak mamat ni, aku tau la ko tension sebab tak dapat nak tarik aku jadi pelanggan ko, tp jangan la pertikaikan atau persendakan apa yang customer cakap....
memula aku diam je, tapi bila mamat tu macam tak paham bahasa...last2 tak pasal ko kena jerkah dengan aku...elok mood aku baik, terus melayang.....lain kali bila pelanggan dah kata TAK PE, TAK NAK tolong la hormat sket dengan pilihan pelanggan tu....huh!~~~
*....semalam ialah hari hangin aku....mood tak baik siap la.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
mekasih sudi jenguk blog aku dan komen semua tulisan aku :)