alhamdulillah...12 februari 2012, aku selamat mendaftar di UPSI untuk program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) - GSTT...segalanya telah bermula setelah penantian hampir 5 tahun....
bermula 12 februari sehingga ke hari ni, hampir seminggu lebih aku bergelar ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...di mana gelaran ni diberi kepada semua pelajar2 di UPSI....bangga la jugak kan bila ada peluang digelar ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN.. :)
dalam tempoh seminggu ( tak cukup seminggu pon sbnrnya...) , aku melalui minggu suai kenal (MSK) yg agak
membosankan la...sebabnya, pengurusan ajk2 MSK yg agak bercelaru mungkin dek kerana kurang pengalaman, lebih2 plak dengar khabar ada timbul isu dengan MPP atas kemasukan kami para gstt ni...tapi, nak buat macam mana...redah je laa sebab semangat nak belajar semula tu lagi kuat sampaikan mengatasi
kebosanan sepanjang MSK...
selepas mengharungi minggu MSK
membosankan, maka 20 februari secara rasmi bermula la kelas pertama aku di UPSI...kalau ditengok pada jadualnya, kelas aku banyak waktu petang kecuali hari rabu & khamis ada kelas pagi dan petang...memang letih..letih sebab dah lama sangat tinggalkan zaman2 belajar di universiti, sampaikan nak salin nota kuliah pon rasanya dah kekok tangan ni...lagi2 letih bila ada kelas yang dijalankan hingga 3 jam berterusan...sah2 mulut menguap tu tak tinggal....heheh ;p .....macam ni ragam kan bila orang tua2 @ berumur masuk belajar balik....
semester pertama ni aku amik lebih kurang 18 jam kredit dengan 6 subjek.....
Pengajaran Kepelbagaian Pelajar, Falsafah & Perkembangan Pendidikan Malaysia, Aplikasi Psikologi Pendidikan, Sekolah & Masyarakat, Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan dan Pengurusan & Pengelolaan Ko-kurikulum....
agak penat otak jugak menghadap kuliah2 tu semua....sebab terlalu detail, abstrak untuk difahami oleh individu macam aku ni....heheh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
mekasih sudi jenguk blog aku dan komen semua tulisan aku :)